Lily Eberwein

Lily Eberwein Abdullah (11 Julai 1900 [1] [2] - 1980) ialah seorang nasionalis Sarawak dan aktivis hak wanita. Beliau aktif dalam gerakan anti-penyerahan Sarawak, iaitu gerakan nasionalis yang berlaku pada tahun 1940-an untuk mendapatkan kembali kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British. Gerakan ini telah menyumbang kepada pembangunan politik masyarakat tempatan serta memupuk semangat kebangsaan dalam masyarakat Sarawak. [3]